Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Service. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Service. Papar semua catatan

28 Januari 2019

60 Peratus Pemandu Tidak Menyelenggara Minyak Enjin Mengikut Jadual

 
Menurut satu kaji selidik mengenai minyak pelincir enjin yang dijalankan oleh Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA), ke atas 1,036 pemandu, 99 peratus menyedari kepentingan minyak enjin untuk memastikan kereta berfungsi dengan baik, namun 60 peratus didapati gagal mengikuti jadual penyelenggaraan ditetapkan untk menukar minyak enjin.

Minyak enjin adalah komponen penting dalam memastikan enjin dapat berfungsi. Ia melincinkan pergerakan bahagian dalaman enjin dan secara tidak langsung mengurangkan geseran seperti haba dan kehausan serta kerosakan pada bahagian enjin kereta.


Selain itu, minyak enjin juga melindungi enjin daripada kakisan dan karat, menyejukkan suhu operasi enjin dan membantu mengeyah bahan cemar seperti kotoran daripada bahan bakar dan jelaga yang terhasil daripada pembakaran tidak sempurna. Minyak enjin berkualiti tinggi dan sesuai akan memastikan kelancaran serta memanjangkan usia enjin.

“Menukar minyak enjin secara berjadual adalah penting untuk memastikan prestasi dan kesihatan kereta anda terpelihara. Jika ia tidak ditukar secara berjadual, anda akan mula melihat pelbagai masalah mula timbul terutama enjin menjadi panas dan perkara paling tidak dingini berlaku ialah penggantian enjin yang pasti mahal.

Selang standard untuk penukaran minyak hitam adalah setiap 8,000km atau enam bulan atau mana-mana lebih dulu untuk minyak jenis sintetik penuh dan 5,000km atau enam bulan untuk semua jenis minyak serta kenderaan lama. Kami menasihati supaya selang servis kenderaan dan spesifikasi minyak enjin yang ditetapkan pengilang kenderaan dipatuhi”, tegas Mr. Pang Yoon Kong, Pengurus Bosch AA Malaysia.


Empat tip penyelenggaraan minyak enjin untuk pemilik kereta:-

·       Periksa batang celup untuk tanda aras dan warna minyak enjin sebulan sekali

·       Periksa tempat parkir kenderaan anda untuk sebarang tanda kebocoran di atas lantai

·       Sentiasa ikut cadangan pengilang kenderaan untuk jenis minyak enjin yang dicadangkan sesuai dan tempoh selang servis

·       Prihatin dengan bunyi enjin yang luar biasa, penggunaan minyak tinggi dan prestasi kereta menurun

“Jika anda dapati terdapat bunyi enjin yang bising, pengunaan minyak lebih tinggi daripada biasa atau warna minyak enjin telah bertukar hitam semasa pemeriksaan batang celup meskipun aras minyak enjin masih tinggi, sila hantar kenderaan anda untuk pemeriksaan segera. Ini semua adalah tanda-tanda masalah enjin yang mungkin disebabkan beberapa faktor selain gasket bocor”, kata Mr. Pang.

Terdapat tiga jenis minyak enjin – mineral, semi sintetik dan sintetik penuh. Minyak mineral kebiasaan dihasilkan daripada minyak mentah yang ditapis, manakala minyak sintetik penuh dibuat dalam makmal; semi sentitik pula terhasil daripada gabungan kedua-dua minyak tersebut. Setiap enjin adalah berbeza dan amat penting untuk menggunakan gred minyak enjin mengikut ketetapan spesifikasi enjin yang disyorkan oleh pengilang kenderaan.


Bosch, sebuah syarikat automotif yang mempunyai pengalaman luas lebih dari 130 tahun, menggesa semua pemandu negara ini untuk melakukan pemeriksaan minyak enjin secara berkala dan servis kenderaan mengikut jadual bagi mengelak sebarang gangguan perjalanan terutama ketika musim perayaan. Proses ini adalah mudah, murah dan akan memanjangkan usia enjin kereta, pemanduan lebih lancar dan mengurangkan kos membaiki.

Bosch AA menawarkan pelbagai jenis minyak enjin untuk semua kenderaan penumpang yang direka khas memberikan perlindungan optimum pada enjin untuk semua tahap suhu dan tinggi dalam kestabilan pengoksidaan yang sesuai untuk iklim seperti Malaysia. Pilihan minyak enjin keluaran Bosch boleh didapati di Lazada di https://bit.ly/2TBTGPo.






21 Julai 2017

Daftar Online Mana-mana Internet Jalur Lebar Dan Dapat Rebat Sehingga RM1488 Sekarang

 
Sapa masih tiada service perkhidmatan internet jalur lebar di rumah? Kini anda boleh langgan internet jalur lebar setiap bulan dan boleh dapat rebat pulang sehingga RM1488. Mana ada service macam ni bila daftar internet di rumah dapat duit balik. Tapi syarat ini hanya untuk pelanggan baru sahaja. Nak tahu jom tengok caranya.


Cara mendaftar internet jalur lebar dan dapat rebat:-


1) Daftar melalui laman web Shopback ini.

2) Klik pada tab INTERNET PACKAGES

3) Pilih pakej internet yang anda mahukan seperti di bawah ni dan isi form secara online.


4) Wakil ejen yang sah akan menghubungi anda melalu sms/call.

5) Anda perlu sediakan salinan IC dan complete kan pengesahan e-form.

6) Selepas pengesahan pemasangan akan dilakukan dalam tempoh 5 hari bekerja. 

7) Buat bayaran semasa pemasangan.

8) Anda akan dapat cashback dalam akaun Shopback selepas semua selesai. 

Mudah bukan tak perlu anda bebaris lagi dan bersesak-sesak dipusat pendaftaran internet. Tak perlu keluar rumah semua buat secara online sahaja. Yang paling best dapat balik duit lagi bukan sikit tau. Anda boleh tengok cashback yang boleh anda dapat melalui pakej yang disediakan seperti di bawah ni:-


UniFi (TM): Langganan satu bulan sebagai Cashback dapat sehingga RM379
Streamyx (TM): Langganan satu bulan sebagai Cashback dapat sehingga RM308
TIME: Langganan satu bulan sebagai Cashback dapat sehingga RM1488
Maxis: Langganan satu bulan sebagai Cashback dapat sehingga RM598
 
Pelan termurah boleh didapati ialah Streamyx Personal - BB Deal 384 KBPS, yuran langganan RM60 sebulan. Semua adalah tertakluk terma dan syarat seperti di bawah:-
  1. Pakej di atas disediakan oleh KTIC, ejen yang diberi kuasa Maxis, Streamyx, TIME dan UniFi.
  2. Pelanggan dikehendaki mengisi alamat lengkap sebagai langganan berdasarkan ketersediaan alamat.
  3. Percuma untuk pemasangan standard.
  4. Cashback terpakai untuk permohonan baru sahaja. Perubahan pakej bagi pelanggan sedia ada tidak layak untuk Cashback.
  5. Kontrak 2 tahun dikenakan untuk setiap permohonan dengan Maxis, TIME dan UniFi.
  6. Kontrak 1 tahun dikenakan untuk setiap aplikasi dengan Streamyx.
  7. Penalti akan dikenakan selepas pembatalan awal oleh Penyedia Perkhidmatan Internet. 
  8. Tertakluk kepada T & C Penyedia Perkhidmatan Internet masing-masing.






30 September 2016

Internet, SMS dan Call Tanpa Had Dengan RM79 dari WEBE

 
Satu lagi pemain industri jalur lebar negara bakal memberi saingan kepada pembekal sedia ada. WEBE atau dahulunya dikenali sebagai Packet One Network yang dahulunya pengeluar produk P1. Kini dengan pengurusan baru dan wajah baru bakal memberi satu lagi altenatif kepada pengguna tegar internet di Malaysia.


Dengan tawaran harga gila semua tanpa had internet, SMS dan call serendah RM79 sahaja. Tapi ingat WEBE 4G terhad kepada beberapa kawasan sahaja dan sesetengah kawasan tertentu ia hanya menyediakan 2G/3G sahaja.


Tapi kalau anda gunakan sekarang bagi pendapat sesetengah orang memang ia sangat-sangat laju dan berpuas hati. Ini kerana tiada ramai lagi pengguna jadi internet memang laju. Bila dah ramai pengguna pada sesuatu kawasan tu akan mula jadi perlahan sedikit demi sedikit dan pada masa itu kita akan lihat ramai mula komplen. Semak kawasan yang ada coverage 4G WEBE di sini.


Walaubagaimanapun WEBE juga menyediakan pakej telephone. 3 model telephone yang disediakan setakat ini iaitu Huawei P9 Plus, Samsung Galaxy J7 dan ZTE Blade V7 Lite. Semua device ini akan datang dengan line intenet dan ianya tiada kontrak. Lihat harga promosi yang ditawarkan WEBE di sini.


Kalau anda nak beli atau langgan semua service dari WEBE ia hanya boleh dibuat secara dalam talian. Layari www.webe.com.my dan semua pembelian dan service boleh dilaksanakan di sana termasuk membayar bill. 







Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter