Jumlah Paparan Halaman

29 Mac 2018

Vivo Sasar Kedudukan Tiga Terbaik Telefon Pintar di Malaysia Melalui Vivo V9

Posted by   on

Setelah beberapa tahun berada dalam industri telefon pintar di Malaysia, VIVO Technologies Sdn Bhd (Vivo Malaysia), pengedar telefon pintar jenama Vivo, menyasarkan untuk berada pada kedudukan tiga terbaik dalam pasaran telefon pintar di Malaysia pada tahun ini.


Sasaran itu akan dipacu melalui pengenalan model telefon pintar terbarunya iaitu Vivo V9 yang dihasilkan untuk pengguna kategori pertengahan dan berusia antara 18 hingga 35 tahun. Ia akan mula memasuki pasaran Malaysia 31 Mac tahun ini dah boleh di booking secara online.

Dengan membawakan ciri-ciri seperti Dual Rear Camera - AI Bokeh. V9 menggunakan dua kamera belakang - kamera utama 16MP dan kamera kedua 5MP * - dan disokong oleh algoritma AI Bokeh. Algoritma ini telah dioptimumkan berdasarkan pembelajaran mesin dalam jumlah besar data, sehingga dapat mencapai tembakan bokeh yang menakjubkan yang menandingi hasil kamera DSLR. 


Juga mempunyak bentuk rekaan nipis dan bergaya bagi memenuhi keperluan pengguna dalam mendapatkan gambar yang baik dan menikmati pengalaman mudah alih optimum.

Ia memiliki saiz skrin seperti telefon pintar 5.5 inci namun ditawarkan dengan saiz skrin 6.3 inci, dilengkapi Android 8.1 OS serta dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 626 Octa-core. Pasti ramai yang tertarik dan mampu untuk memiliki telefon ini. 


Vivo Malaysia memasarkan kira-kira 20,000 unit telefon pintar Vivo V9 dalam tempoh sebulan pertama selepas ia dilancarkan. Vivo V9 didatangkan dalam tiga warna iaitu hitam, emas dan mutiara dan ia boleh didapati di pasaran mulai 31 Mac ini melalui cawangan runcit Vivo dan pengedar sah di seluruh negara pada harga RM1,399.






Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter