Jumlah Paparan Halaman

30 November 2017

Produk Kesihatan Dan Kesejahteraan Satu Keluarga Sempena Tahun Baru Bersama Philips

Posted by   on

Untuk Wanita Bergaya


Philips StyleCare Prestige Auto CurlerBHB876 (RRP RM629)

Setiap orang layak kelihatan dan berasa hebat terutama pada musim keceriaan ini tanpa berdepan risiko rambut hangus yang ramai geruni akibat penggunaan alatan penggaya-rambut di rumah. Sama ada untuk diri sendiri atau yang tersayang agar keluar dengan dandanan bua-sendiri yang bergaya,

Philips StyleCare Prestige Auto Curler adalah memiliki inovasi yang menawarkan para wanita rangsangan bagi rejim dandanan buat musim keraian. Produk inovatif ini lengkap ciri seperti gelung menggulung lebih panjang, kawalan menggulung pintar bagi para wanita mencipta dandanan dan gulungan seragam, meraih penampilan ala profesional, seperti di salon tanpa merosakkan rambut.

Philips Sonicare DiamondClean HX9362(RRP RM999)


Jika anda mahu menggembirakan wanita istimewa dalam hidup anda tanpa berbelanja untuk berlian dan mutiara, apa kata dapatkannya gigi seputih mutiara – dengan bantuan Philips Sonicare DiamondClean? 

Berus bentuk berlian yang unik pada kepalanya membolehkan ruang lebih lebar dan berus lebih padat yang berkesan untuk menyingkir plak dan cela degil dengan lembut, menghasilkan gigi lebih bersih dan putih. Philips Sonicare DiamondClean juga hadir dalam bentuk kompak buat kembara pada musim percutian ini. Pilih daripada seleksi model merah jambu, hitam dan ungu buat Krismas ini.

Buat Jejaka Berkeyakinan 


Philips Star Wars Shaver POE 

Miliki Kuasa Krismas ini dengan Philips Star Wars Wet and Dry Electric Shaver edisi terhad ini. Hadir dalam tiga rekaan memukau diinspirasikan oleh BB8, Poe Dameron dan Stormtrooper yang ikonik, alat pencukur ini mempunyai ciri V-Track Precision PRO atau ComfortCut Blade bagi pengalaman mencukur yang mudah. 

Dengan penutup Aquatec Wet & Dry, pengguna boleh memilih untuk mencukur kering dengan selesa, atau mencukur basah dengan menggunakan jel atau buih – atau mencukur ketika di bawah pancuran air. Pencukur ini dilengkapi inovasi Flex Head yang membolehkan kepala pencukur serapat mungkin dengan kulit untuk pencukuran cepat dan rapat, juga untuk leher dan rahang.

Untuk yang Berjadual Padat


Philips Smartpro Compact FC8776 (RRP RM2,599)

Bagi yang sentiasa di luar dan keluar bekerja sepanjang hari, Philips Smartpro Compact adalah hadiah Krismas yang ideal kerana ia membersihkan ruang tanpa perlu dikawal. Hampagas ini boleh membersihkan sudut yang sukar dicapai secara berdikari bila anda di luar rumah untuk membeli-belah buat persiapan parti Krismas. Anda tidak perlu lagi memperuntukkan masa untuk menyedut habuk dalam jadual anda yang sibuk itu! 

Dilengkapi teknologi inovatif Philips dan muncung TriActive XL lebih lebar dan besar yang dipaten, Philips Smartpro Compact boleh membersih dengan lebih laju, memastikan lantai bebas-habuk supaya tetamu boleh bernafas dengan lenang dan anda ada masa untuk relaks bagi meluangkan waktu buat keluarga dan rakan.

Philips All-in-One Pressure Cooker HD2137 (RRP RM799) 

Berikan hadiah hidangan yang boleh masak sendiri. Bagi mereka yang sibuk tetapi masih inginkan hidangan lazat pada penghujung hari yang panjang, Philips All-In-One Pressure Cooker adalah hadiah yang hebat. Dengan hanya satu alat, pengguna boleh menggunakan sepenuhnya ciri memasak boleh laras bagi menyiapkan hidangan seawal 15 minit. 

Philips All-In-One Pressure Cooker boleh masak secara perlahan, menggunakan tekanan, menumis, melayur, membakar, memanas semula dan menghangatkan hidangan anda. Ia memasak lapan kali lebih cepat, membolehkan teman atau ahli keluarga anda yang sibuk itu menjimatkan masa dan tenaga di dapur. Pelbagai pilihan memasak turut membolehkan penggunanya menyediakan pelbagai jenis hidangan daripada sup ke risotto ke daging serta kek. 

Philips Perfectcare Elite Plus Steam Generator Iron GC9660 (RRP RM2,399)


Menyeterika tugasan meletihkan terutama jika anda kerap perlu menukar suhu untuk disesuaikan dengan jenis fabrik. Krismas ini, singkirkan kepayahan itu buat yang tersayang dengan seterika stim Philips PerfectCare Elite Plus. Anda boleh menjimat masa dan tenaga buat acara keluarga dan keraian dengan PerfectCare Elite Plus kerana ia membolehkan anda menyeterika kesemua basuhan tanpa menetapkan suhu terima kasih kepada teknologi OptimalTEMP, yang mengepam keluar wap secara automatik pintar bagi memudahkan penggunanya. Pengimbas pintar DynamicQ tahu secara tepat di mana dan cara seterika itu bergerak, mengeluarkan wap yang kuat di kawasan paling diperlukan -  untuk hasil menyeterika yang mudah dan cepat.

Untuk Penggemar Kecergasan 


Philips Viva Collection Blender HR3556(RRP RM599)

Bantu yang tersayang mencapai azam Tahun Baru untuk menambah zat dalam diet dengan Philips Viva Collection Blender. Pengisar ini dilengkapi teknologi ProBlend 6 yang membolehkan pengguna mengisar dengan lancar dan memecahkan ais. Nikmati smoothie lebih sihat dengan zat buahan dan sayuran seharian yang dikisar halus terima kasih kepada motor 700W. Bekas pengisar boleh menyimpan sehingga 2 liter, membolehkan sesiapa saja membuat smoothie untuk seisi keluarga dan menghidangkannya sewaktu detik keraian.

Untuk Ibu Bapa, Pakcik dan Makcik yang Sayangkan Si Kecil


Philips Air Purifier 3000 series AC3256 (RRP RM2,199)

Adakah anda tahu kualiti udara dalam rumah lebih teruk daripada di luar? Lindungi kesihatan yang tersayang Krismas ini dengan pembersih udara yang baik untuk rumah anda. Teknologi Aerasense Philips Air Purifier 3000 memberikan maklum balas jelas mengenai mutu udara dalam rumah dengan sistem NanoProtect HEPA & AC Filter, anda boleh yakin yang sebarang pencemar udara berbahaya akan dijauhkan. Ia adalah penapis udara pertama di dunia yang diiktiraf mampu secara berkesan menyingkir H1N1.

Philips AVENT Healthy Baby Food Maker SCF862 (RRP RM599)

Bagi ibu bapa dengan anak membesar, apa kata berikannya bantuan di dapur dalam bentuk Philips AVENT Healthy Baby Food Maker? Alat berguna ini membantu ibu dan ayah menyediakan hidangan bayi yang berkhasiat dalam tiga langkah mudah – stim, adun dan hiding tanpa menyusahkan untuk menukar dan memindahkan makanan daripada satu alat kea lat lain. 

Teknologi putaran stim memastikan kesemua bahan dimasak sekata tanpa mendidih, sementara kesemua khasiat, tekstur dan cecair dikekalkan untuk dikisar. Dengan ciri mudah-dicuci, Philips AVENT Healthy Food Maker membantu ibu bapa menjimat masa bagi meluangkan waktu dengan keluarga dan si kecil pada musim keraian ini.

Philips AVENT Bendy Straw Cup 

Skor beberapa mata bonus dengan adik beradik atau ipar duai dan luangkan masa berkualiti sebagai ibu dan bapa saudara bersama anak buah yang kian membesar dengan mengajar mereka proses peralihan penting bila masa mereka belajar cara minum air secara berdikari menggunakan penyedut air. 

Cawan dengan penyedut air Philips Avent Bendy membolehkan perkembangan oral dan senaman otot mulut, membina kekuatan mulut. Dilengkapi dengan injap anti-bocor, Philips AVENT Sippy Cups dan Straw Cups akan menghalang tumpahan. Rekaan flip atas melindungi penyedut air dan menghalang kebocoran bila dibawa keluar.

Philips Sonicare for Kids HX6321(RM299)

Memastikan kanak-kanak memberus gigi dan mengajarnya kepentingan kesihatan oral sesuatu yang mencabar. Sempena musim Krismas ini, perkenalkan kepada anak, anak saudara lelaki atau perempuan kepada watak utama yang boleh disesuaikan dalam app Philips Sonicare untuk Kanak-kanak. Mereka perlu menjaga watak itu menerusi tabiat memberus, sekali gus menggalakkan tabiat penjagaan oral yang baik – terutama memberus dengan lebih lama dan baik, menerusi permainan berkenaan. 

Memaparkan teknologi Sonicare dipaten, Philips Sonicare untuk Kanak-kanak dengan kemampuan Bluetooth sesuai untuk kanak-kanak berusia empat ke sepuluh tahun dan telah terbukti secara klinikal mampu menyingkir 75% lebih plak di sudut sukar dicapai berbanding berus gigi kanak-kanak jenis manual.


Harga dan ketersediaan 


Untuk mengetahui lanjut mengenai rangkaian produk komprehensif Philips, lawati Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di rangkaian Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya dan di Pulau Pinang; di rangkaian runcit dan kedai pengedar di seluruh negara; dan secara dalam talian menerusi Philips Online Shop di https://www.shop.philips.com.my di Philips Official Store di Lazada menerusi https://www.lazada.com.my/philips-official-store. Philips bekerjasama secara eksklusif dengan Lazada Malaysia sempena Kempen Revolusi Dalam Talian yang bermula 11 November dan juga dari 12 hingga 14 Disember.








Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter