Jumlah Paparan Halaman

6 September 2017

Murah Dengan Shopee 9.9 Tak Lama Jer Lagi Tak Sabar

Posted by   on

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara menyasarkan pertumbuhan sehingga lima kali ganda pada Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9, yang dianjurkan selama satu hari iaitu 9 September tak lama jer lagi.


Pengarah Urusan Serantaunya, Ian Ho berkata, Shopee optimis mencapai sasaran itu ekoran sambutan memberangsangkan diterima pada hari membeli-belah yang diperkenalkan tahun lalu, dengan mencatatkan jumlah jualan sehingga lima kali ganda dan tiga kali ganda jumlah trafik.


Katanya, pada tahun ini, Hari Membeli-belah dalam Talian 9.9 menjanjikan tawaran lebih besar dengan sokongan ribuan usahawan di bawah platform itu yang membariskan ribuan produk dipromosikan menerusi kempen Jualan Harga Terendah Shopee.


Juga Shopee memberi jaminan harga paling rendang dimana jika anda mendapati ada jualan lebih murah pada platform lain mereka akan mengembalikan semula 120% daripada perbezaan harga tersebut. Komitmen pihak Shopee dalam memastikan pembeli online puas hati dengan harga mereka tawarkan.


Menurutnya, Shopee turut menawarkan insentif berterusan termasuklah program penghantaran percuma seluruh negara dan bayar waktu terima (COD). Sehingga kini, Shopee merekodkan lebih 50 juta muat turun di rantau ini merentasi tujuh negara melibatkan Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina dan Taiwan, dengan anggaran nilai dagangan kasar tahunan lebih RM12.87 bilion (AS$3 bilion).









Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter